PEMBATALAN PENYERTAAN PROGRAM

Kelewatan pembatalan peserta boleh mengakibatkan kerugian terhadap pihak Penganjur yang terpaksa menanggung kos program.

Sehubungan itu, peserta atau organisasi peserta diminta memaklumkan sebarang PEMBATALAN SECARA BERTULIS dan ALASAN serta BUKTI YANG MUNASABAH HARUSLAH DISERTAKAN sekali selewat-lewatnya 4 HARI bekerja sebelum tarikh program diadakan.

Ini akan memberi peluang kepada pihak Penganjur untuk membuat persiapan awal program dan menawarkan kembali pakej program yang dibatalkan kepada peserta lain yang berminat. Sekiranya peserta atau organisasi peserta gagal mematuhi peraturan pembatalan ini, bayaran penuh program tetap
akan dituntut oleh pihak Penganjur terhadap peserta dan organisasi peserta.


TUNTUTAN KEMBALI YURAN
Segala pembayaran yuran yang telah dibuat tidak boleh dituntut kembali atau ditukarkan ke
mana-mana program lain dibawah anjuran pihak Penganjur.


PERUBAHAN PROGRAM
Pihak Penganjur berhak untuk meminda atau membatalkan program atas sebab-sebab
tertentu yang diluar kawalannya. Sekiranya berlaku sedemikian, pihak Penganjur akan
menyediakan dan menyusun jadual baharu kepada peserta.